_____________________________________________________________________________

Sabda Rasulullah SAW: “Khairunnaas, anfa’uhum linnaas”.

Yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanafaat kepada orang lain.”

_____________________________________________________________________________

Wednesday, January 21, 2009

Aktiviti Surau Sepanjang 2003-2008 yang telah dilapurkan ketika Mesyuarat Agong 2009.

ATURCARA

7.45 malam
Pendaftaran
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Ucapan Tuan Pengerusi Surau
Pembentangan Laporan Jawatankuasa (Tempoh 2003-2008)
Pembentangan Laporan Kewangan
Pembubaran Jawatankuasa Penaja Tahun 2003-2008
Pemilihan Jawatankuasa Baru Tahun 2009-2011
Pembentangan Usul (jika ada)
Ucapan Penangguhan
Solat Isyak Berjemaah
Jamuan
Bersurai


AGENDA MESYUARAT

1. Menerima Laporan Aktiviti Surau Al-Islah, Kota Seriemas
2. Menerima Penyata Kewangan Surau Al-Islah, Kota Seriemas
3. Pembubaran Jawatankuasa Penaja Tahun 2003-2008
4. Pemilih seorang Pengerusi Sementara, seorang Pencatit Minit dan 2 orang Pengira Undi.
5. Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa bagi Tahun 2009-2011
5-1. Seorang Pengerusi
5-2. Seorang Setiausaha
5-3. Seorang Bendahari
5-4. 5 orang Ahli Jawatankuasa
Jawatakuasa terpilih boleh melantik tidak melebihi 7 orang termasuk seorang wakil Muslimah sebagai tambahan untuk dijadikan wakil bagi setiap Laman yang terdapat di seluruh Kota Seriemas.
6. Memilih 2 orang Juruaudit
7. Pembentangan Usul (Jika Ada).
8. Ucapan Penangguhan.











1. Pengenalan

Surau Al-Islah ini terletak dibawah kariah Masjid Kampung Jijan.

Jawatankuasa Surau ini telah ditubuhkan secara ad-hoc pada bulan Ogos 2003 sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan pada penghujung tahun ‘pkkn tersebut.

Alhamdulillah, usaha tersebut telah membuah hasil dan surau ini yang dalam keadaan separuh siap telah dapat digunakan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Surau ini telah mendapat namanya Al-Islah diatas cadangan seorang menceramah bebas yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Azman Halim. Dengan nama tersebut, permohonan telah diajukan ke Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan untuk didaftarkan.

2. Senarai AJK Penaja Surau Al-Islah (2003-2008)

Pengerusi : En. Abdul Latif Mohd Yusof
Setiausaha : Hj Mohd Zin Yahia
Bendahari : En. Azman Mohd Hanafiah .
Ahli Jawatankuasa
En. Rusli Jamaluddin
En. Shari Jam Abd Majid
En. Abdul Jalil Awang Abas
En. Abd Khalim Jaafar
Hj. Azahar Samsudin
En. Amran Hj Daud
En. Mohd Asyraf Abd Latif
En. Razali Ismail
En. Muhd Juhayl Suffian
En. Ahmad Zunaini Zainal Abidin (arwah)
En. Zakaria Alias
En. Ahmad Fauzi Abdul Rahim
En. Mustapha Kamal Omar


3. Kedudukan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Islah

Memandangkan AJK telah ditubuhkan secara ad-hoc dan keadaan masih belum sesuai untuk diadakan pemilihan secara resmi, maka AJK telah diteruskan seadanya tahun demi tahun dari 2003 hingga 2008.

Semua perancangan dijalankan melalui muzakarah diantara wakil AJK dengan para jemaah sekiranya didapati perlu untuk membuat sebarang keputusan.

Suasana yang tidak mengizinkan juga adalah menjadi punca tiadanya Biro atau Lujnah ditubuhkan sepanjang tempoh lima tahun tersebut.

4. Ceramah Dan Kuliah

Ceramah dan Kuliah telah diadakan secara lebih konsisten dan teratur bermula dari tahun 2008. Untuk tujuan hebahan, jadual ceramah dan kuliahkan dipaparkan di dinding surau mengikut bulan.

5. Program Bulan Ramadan

5.1. Solat Terawih pada mulanya diadakan dengan mendapatkan khidmat Imam dari luar. Imam dari kalangan penduduk sepenuhnya hanya dapat diadakan bermula dari Ramadan Tahun 2007.
5.2. Moreh telah dianjurkan mengikut kumpulan.
5.3. Perjumpaan Hari Raya anjuran Surau telah diadakan pada Tahun 2004, 2005 & 2006. Sambutan tidak diadakan pada 2007 & 2008 disebabkan kesuntukan masa.
5.4. Imam Surau telah dilantik sebagai Amil mengutip Zakat Fitrah bermula dari tahun 2007.

6. Ibadah Qurban dan Solat Hari Raya Aidil Adha

Jawatankuasa Surau telah menguruskan Ibadah Qurban untuk peserta-peserta setiap tahun semenjak dari tahun 2005. Ianya hanya terhenti sekali pada tahun 2006 disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan. Permintaan terus meningkat setiap tahun sehingga telah menjadi 3 ekor pada tahun 2008.

Solat Aidil Adha telah buat pertama kalinya diadakan di surau ini pada tahun 2008.

7. Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam

7.1. Nisfu Syaaban
7.2. Akhir Tahun/Awal Muharram
7.3. Maulidul Rasul
7.4. Israk Dan Mikraj
7.5. Tahlil Dan Yasin Setiap hari Khamis malam Jumaat. (Dimulakan semenjak masuk tahun baru Masihi 2009.
7.6. Takbir rumah ke rumah di malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.


8. Majlis Khatan Berkumpulan.

Ahli Jawatankuasa telah membantu ibu bapa yang ingin khatankan anak-anak mereka secara beramai-ramai dengan menertai program berkhatan Masjid Kuarters KLIA.

9. Derma Anak-Anak Yatim

Jawatankuasa Surau telah mengeluarkan bantuan kewangan setiap tahun khasnya sewaktu sekolah dibuka semula kepada anak-anak yatim yang terdapat di Seluruh Kota Seriemas.

10. Pembesaran Surau.

Jawatankuasa Surau telah dengan secara bergotong royong membesarkan surau dengan menambah ruang solat bagi Muslimin dan Muslimat. Kerja-kerja tersebut telah siap sepenuhnya sebaik bermulanya bulan Ramadan tahun 2008.

Ucapan ribuan Terima Kasih dirakamkan kepada para Jemaah yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan projek tersebut.

11. Khemah Kepunyaan Surau

Jawatankuasa Surau telah berjaya mendapatkan 4 biji khemah lengkap dengan kerusi, meja dan kipas untuk disewa oleh sesiapa yang berhajat. Khemah tersebut dibiayai melalui sumbangan para jemaaah secara pelawaan.

12. Tanah Rezab Perkuburan

Jawatankuasa Surau telah dimaklumkan oleh Pejabat Agama Islam Seremban bahawa sebidang tanah seluas 11 ekar bertempat di hujung Laman Ilmu telah di peruntukan oleh pemaju sebagai rezab tanah perkuburan. Maklumat terakhir menyatakan bahawa tanah perkuburan tersebut akan dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Nilai dan akan dijadikan kawasan perkuburan mana-mana kawasan perumah daerah Nilai yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.

13. Khairat Kematian.

Usaha yang dijalankan oleh Jawatankuasa Surau untuk menubuhkan satu skim khairat kematian belum lagi mendatangkan hasil. Usaha ini diharap dapat diteruskan sehingga ianya berjaya.
14. Kelengkapan Pinggan Mangkuk.

Jawatankuasa Surau telah menerima sejumlah pinggan mangkuk dari penderma untuk dimanafaatkan oleh semua jemaah di Kota Seriemas.


15. Penerbitan Blog Surau.

Jawatankuasa Surau telah berjaya melancarkan satu blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada yang ingin mendapatkannya melalui alam maya. Blog tersebut boleh dilayari melalui alamat: http://alislah-kse.blogspot.com/

16. Gotong Royong Bulanan Pembersihan Surau

Kerjasama diantara Jawatankuasa Surau dan para jemaah telah dapat mengadakan gotong royong pembersihan surau secara konsisten setiap bulan. Kelengkapan dibawa oleh para jemaah secara sendiri dari rumah masing-masing.

17. Dialog Antara Jawatankuasa Surau Dan Pemaju.

Jawatankuasa Surau telah mengadakan dialog dengan pemaju sebanyak 2 kali. Perkara-perkara yang dibincangkan meliputi baik pulih kerosakan dan pengubahusaian beberapa bahagian tertentu. Usaha tersebut telah menghasilkan pengubahsuaian kepada kolah tempat mengambil wuduk utama bagi kaum muslimin dan penghapusan reka bentuk berupa salib pada menara surau.

18. Akaun Bank.

Jawatankuasa Surau diatas persetujuan mensyuarat telah membuka akaun bank seperti berikut yang ditandatangani wajib oleh Bendahari dan salah seorang diantara Pengerusi atau Setiausaha.

Nama: Surau Al-Islah, Kota Seriemas
No Akaun: 2-62362-0000146-3
Bank: RHB, Cawangan KLIA

Maklumat penandatangan perlu mendapat mandat baru melalui mesyuarat sebaik sahaja selesai pemilihan baru.

19. Penutup

Jawatankuasa Surat ingin merakamkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua Jemaah yang telah menghulurkan pelbagai bantuan untuk menjayakan segala program surau sepanjang 5 tahun yang lalu.

1 Comment:

Anonymous said...

Tahniah kepada AJK surau kerana berjaya menghasilkan blog ini kerana ianya berguna bagi penduduk yang ingin mengetahui perkembangan dan aktiviti surau secara online...

saya mempunyai cadangan apa kata jika AJK Persatuan Penduduk menghasilkan Forum kerana terdapat banyak faedah selain menyampaikan maklumat serta dapat berkongsi maklumat dan pendapat tidak tidak kira bangsa, agama, peringkat umur.

cadangan saya cjb.net kerana ianya percuma dan unlimited.

sekian terima kasih (pemuda laman bakawali)