_____________________________________________________________________________

Sabda Rasulullah SAW: “Khairunnaas, anfa’uhum linnaas”.

Yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanafaat kepada orang lain.”

_____________________________________________________________________________

Tuesday, October 7, 2008

Skim Khairat Kematian

Satu pendekatan yang paling efektif.

Saturday, October 4, 2008

Dailog Pemaju/MPN & YB Adun dengan Penduduk

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimah sekelian:

Portal Persatuan Penduduk ada memaparkan minit dailog antara Pemaju/MPN dan YB Adun yang diadakan pada 2hb Mei 2008. Sila klik pada link berikut untuk maklumat mengenainya.

http://www.mykotaseriemas.net/index/node/36

http://www.youtube.com/watch?v=1mrodilG2Co

Pentingnya Sistem Komunikasi Untuk Sesuatu Pertubuhan

Dalam Proses

Projek Perluasan Surau


Dengan berbekalkan wang hasil dari derma pelbagai pihak yang jumlahnya sekitar RM20,000.00, pihak surau telah berjaya meluaskan kawasan solat untuk jemaah lelaki dan wanita seperti yang ditandakan dengan garisan menyilang dalam lukisan pelan di atas.

Kerja-kerja dilakukan secara gotong-royong diketuai oleh gandingan Tuan Imam dan Sdra Wan Storm. Projek tersebut telah siap sepenuhnya sebaik sahaja puasa tahun 2008 bermula.

Ahli Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pemaju yang telah menyumbangkan tanah untuk meninggikan lantai, para jemaah yang telah membantu memasang bumbung, meratakan tanah dan memasang tembok batu dan lantai.

Tidak ketinggalan terima kasih yang tidak terhingga kepada jemaah yang telah mengusahakan derma yang mana tanpanya tidak akan dapat mereliasasikan projek ini.

Semoga Allah jua yang akan membalas jasa-jasa yang telah disumbangkan yang mana dengannya telah dapat memberikan keselesaan kepada para jemaah sekeliannya terutamanya pada bulan Ramadhan yang lalu.

Amin, Ya Robbil 'Aalamiin

Friday, October 3, 2008

Pesana Dari Tuan Imam

Dalam Proses

Kata Alu-Aluan dari Tuan Penegerusi

Dalam proses

Wednesday, September 24, 2008

Lokasi Surau Al-Islah, Kota Seriemas, Negeri Sembilan



Berikut dinyatakan panduan untuk ke Surau Al-Islah, Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

1. Dari Shah Alam, Subang Jaya, Banting, KLIA, Sepang dan Port Dickson:
Boleh memasukki melalui simpang empat berlampu Sepang International Circuit/Quarters
Kakitangan Kerajaan KLIA. Kemudian mengambil simpang kiri apabila sampai di bulatan
sehingga sampai ke pintu masuk utama Kota Seriemas.

2. Dari Seremban 2:
Melalui Gedong Jaya, LBJ, Kampng Jijan sehingga sampai ke pintu masuk utama Kota
Seriemas.

3. Dari Tol Nilai, Pajam, Kajang & Putra Jaya.
Boleh memasukki melalui pintu masuk di Jalan Nilai/Salak. Yang datang dari arah Putra Jaya
boleh menggunakan simpang tiga berlampu salak/nilai sementara yang datang dari Tol Nilai
dan Pajam boleh melalui Bandar Baru Nilai (Putra Nilai) untuk sampai ke jalan Nilai/Salak.

Surau ini terletak di Laman Bakawali Fasa C-2. Boleh menampung lebih kurang 150 jemaah lelaki dan 50 jemaah wanita. Dibuka untuk semua solat 5 waktu dan lengkap dengan kemudahan berasingan baki jemaah lekaki dan wanita.

Bersama-sama ini disertakan peta arah dan pelan lantai bangunan surau tersebut.

Ibadah Korban Tahun 2008

Pihak surau mempelawa mana-mana warga yang ingin menyertai Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidhiladha pada tahun ini.

Bayaran dianggarkan RM350.00 seorang termasuk semua keperluan yang berkaitan dengannya.

Sila dapatkan borang penyertaan dari Tuan Imam atau mana-mana pegawai surau.

Sebagai pilihan saudara boleh juga mengisi maklumat peribadi beserta nombor talipon di posting ini untuk dihubungi oleh pihak surau.

Klik ruang "Comment" masukkan maklumat tersebut, InsyaAllah pihak surau akan menguhubungi saudara dengan seberapa segera.

Sekian, Terima Kasih.

Asal Usul Nama "Surau Al-Islah"

Al-Islah bermaksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.

Pengertian sangat susuai dalam suasana Kota Seriemas sebagai suatu penempatan yang baru.

Kita sangat-sangat berterima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Azman, seorang penceramah bebas yang telah mengesyorkan nama ini.

Ianya berlaku secara tidak sengaja sewaktu pengelola masih lagi bekerja dengan KL Airport Services. Ustaz Azman telah dijemput oleh pihak pengurusan untuk bersama-sama dalam satu majlis hari keluarga yang diadakan pada bulan April 2004.

Tanpa mensia-siakan peluang tersebut, pengelola telah bertanyakan nama yang sesuai untuk surau ini dan beliau telah mencadangkan nama Al-Islah.

Perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan Ahli Jawatankuasa yang mana telah menerima cadangan tersebut dengan sebulat suara.

Dengan nama ini Ahli Jawatankuasa telah memohon kepada Pejabat Ugama Negeri Sembilan untuk di daftarkan.

Rondaan Malam di Kota Seriemas

Lokasi Rezab Tanah Perkuburan Kota Seriemas

Lokasi (Rujuk Peta yang disediakan)

Seluas 12.50 ekar.
Berada dihujung Laman Ilmu.

Kerja-kerja yang perlu dilaksanakan:

1. Memohon kepada pihak berkuasa untuk
mewartakan tanah tersebut.
2. Menyediakan kawasan tersebut.
3. Melantik badan-badan yang perlu untuk
menyelenggarakan.
4. Persediaan-persediaan lain yang diperlukan.

(Semua maklumat adalah berdasarkan kepada dailog antara Penduduk dan I&P/MPN/YB Adun yang diadakan pada 2hb Mei 2008 petang dibawah anjuran Jawatankuasa Rukun Tetangga)

Buat sementara waktu pengkembumian adalah di tanah perkuburan Kg Jijan.