_____________________________________________________________________________

Sabda Rasulullah SAW: “Khairunnaas, anfa’uhum linnaas”.

Yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanafaat kepada orang lain.”

_____________________________________________________________________________

Wednesday, September 24, 2008

Rondaan Malam di Kota Seriemas

2 Comments:

Unknown said...

salam untuk warga kota seriemas.
dalam era it ini, saya tercari-cari juga, akhirnya bertemu tanpa dirancang, laman web ini.
sebenarnya saya begitu dahaga untuk mengetahui perkembangan di kota seriemas. mungkin banyak perubahan yang berlaku di sana.
saya salah seorang pembeli rumah di kota serimas. tapi saya kerap pulang hujung minggu.
rondaan malam ini melibatkan kawasan mana - adakah kota seriemas sudah diancam penyangak pecah rumah atau sekadar langkah berjaga-jaga.

Haji Mohd Zin Yahia said...

Syabas sdra flam kerana telah menjumpai blog ini. Saya memang ujudkan tanpa sebarang sekatan supaya mudah ditemui. Ia sengaja tidak diwar-warkan sangat takut jadi umpama mencurah garam ke laut. Maklumlah majoriti kita masih harapkan maklumat disuap bukan disaji.
Berkenaan rondaan malam, sememangnya KSE tidak terlepas dari masaalah kecurian seperti di perumahan2 yang lain. Banyak sudah kes pecah rumah berlaku samada sebelah siang atau sebelah malam. Seperti di tempat2 lain rondaan malam juga telah dijalankan di sini sejak 2 tahun yang lalu. Namun ianya masih belum teratur disebabkan faktor-faktor yang tidak boleh diabaikan.
Seperti yang sdra mungkin arif, KSE terdiri dari 4 Laman. Setiap satu dihuni oleh majoriti penduduk dari kalangan usia yang berbeza2. Kekerapan berkawal dalam sebulan menjadi masaalah kepada yang sudah lanjut usia berbanding kepada yang masih muda. Masaalah inilah yang sedang membelenggu sebahagian penduduk KSE sekarang ini. Namun semua mengakui meronda itu satu keperluan, kerana keselematan penting bagi setiap warga.
Buat masa sekarang hanya Bakawali A diikuti oleh C yang kelihatan ketara dalam menjalankan aktiviti tersebut. Yang lain belum setabil dan masih tercari-cari formula yang sesuai.