_____________________________________________________________________________

Sabda Rasulullah SAW: “Khairunnaas, anfa’uhum linnaas”.

Yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanafaat kepada orang lain.”

_____________________________________________________________________________

Wednesday, September 24, 2008

Asal Usul Nama "Surau Al-Islah"

Al-Islah bermaksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.

Pengertian sangat susuai dalam suasana Kota Seriemas sebagai suatu penempatan yang baru.

Kita sangat-sangat berterima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Azman, seorang penceramah bebas yang telah mengesyorkan nama ini.

Ianya berlaku secara tidak sengaja sewaktu pengelola masih lagi bekerja dengan KL Airport Services. Ustaz Azman telah dijemput oleh pihak pengurusan untuk bersama-sama dalam satu majlis hari keluarga yang diadakan pada bulan April 2004.

Tanpa mensia-siakan peluang tersebut, pengelola telah bertanyakan nama yang sesuai untuk surau ini dan beliau telah mencadangkan nama Al-Islah.

Perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan Ahli Jawatankuasa yang mana telah menerima cadangan tersebut dengan sebulat suara.

Dengan nama ini Ahli Jawatankuasa telah memohon kepada Pejabat Ugama Negeri Sembilan untuk di daftarkan.

Rondaan Malam di Kota Seriemas

Lokasi Rezab Tanah Perkuburan Kota Seriemas

Lokasi (Rujuk Peta yang disediakan)

Seluas 12.50 ekar.
Berada dihujung Laman Ilmu.

Kerja-kerja yang perlu dilaksanakan:

1. Memohon kepada pihak berkuasa untuk
mewartakan tanah tersebut.
2. Menyediakan kawasan tersebut.
3. Melantik badan-badan yang perlu untuk
menyelenggarakan.
4. Persediaan-persediaan lain yang diperlukan.

(Semua maklumat adalah berdasarkan kepada dailog antara Penduduk dan I&P/MPN/YB Adun yang diadakan pada 2hb Mei 2008 petang dibawah anjuran Jawatankuasa Rukun Tetangga)

Buat sementara waktu pengkembumian adalah di tanah perkuburan Kg Jijan.