_____________________________________________________________________________

Sabda Rasulullah SAW: “Khairunnaas, anfa’uhum linnaas”.

Yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanafaat kepada orang lain.”

_____________________________________________________________________________

Tuesday, October 7, 2008

Skim Khairat Kematian

Satu pendekatan yang paling efektif.

Saturday, October 4, 2008

Dailog Pemaju/MPN & YB Adun dengan Penduduk

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimah sekelian:

Portal Persatuan Penduduk ada memaparkan minit dailog antara Pemaju/MPN dan YB Adun yang diadakan pada 2hb Mei 2008. Sila klik pada link berikut untuk maklumat mengenainya.

http://www.mykotaseriemas.net/index/node/36

http://www.youtube.com/watch?v=1mrodilG2Co

Pentingnya Sistem Komunikasi Untuk Sesuatu Pertubuhan

Dalam Proses

Projek Perluasan Surau


Dengan berbekalkan wang hasil dari derma pelbagai pihak yang jumlahnya sekitar RM20,000.00, pihak surau telah berjaya meluaskan kawasan solat untuk jemaah lelaki dan wanita seperti yang ditandakan dengan garisan menyilang dalam lukisan pelan di atas.

Kerja-kerja dilakukan secara gotong-royong diketuai oleh gandingan Tuan Imam dan Sdra Wan Storm. Projek tersebut telah siap sepenuhnya sebaik sahaja puasa tahun 2008 bermula.

Ahli Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pemaju yang telah menyumbangkan tanah untuk meninggikan lantai, para jemaah yang telah membantu memasang bumbung, meratakan tanah dan memasang tembok batu dan lantai.

Tidak ketinggalan terima kasih yang tidak terhingga kepada jemaah yang telah mengusahakan derma yang mana tanpanya tidak akan dapat mereliasasikan projek ini.

Semoga Allah jua yang akan membalas jasa-jasa yang telah disumbangkan yang mana dengannya telah dapat memberikan keselesaan kepada para jemaah sekeliannya terutamanya pada bulan Ramadhan yang lalu.

Amin, Ya Robbil 'Aalamiin

Friday, October 3, 2008

Pesana Dari Tuan Imam

Dalam Proses

Kata Alu-Aluan dari Tuan Penegerusi

Dalam proses